/5 Langkah Bagaimana Mencari Tujuan Hidup
Photo by David Iskander on Unsplash

5 Langkah Bagaimana Mencari Tujuan Hidup

Apa yang boleh saya buat untuk memberi manfaat kepada manusia sejagat?
Apa yang saya nak buat dengan hidup saya?
Selagi kita tak buat, atau kita tidak cuba buat apa yang kita mahu buat, kita tidak akan dapat jawapannya.

Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah artikel berkenaan bagaimana mencari ‘purpose in life’ tulisan Danny Rubin. Beliau berkata bahawa untuk mencari apa yang kita suka buat, apa yang kita nak buat, kita mestilah meluangkan masa setiap minggu untuk buat apa yang kita suka itu. Lama-kelamaan, kita akan jadi pandai dan pakar dalam perkara tersebut dan tahu bagaimana untuk memberi impak kepada dunia.

Mari kita tengok apa yang boleh kita buat untuk mencapai tahap tersebut:

  1. Tanya diri kita apa yang kita suka buat? Buat masa, dedikasikan masa untuk melakukannya. Sebagai contoh, setiap minggu selama dua tahun. Buat berteruskan.
  2. Sambil itu, kongsikan kemajuan, perjalanan, atau pengalaman anda di Internet(online). Ini terpulang, anda boleh kongsikan di laman sosial(Facebook/Twitter/Instagram/etc..) anda, mahupun blog. Dengan ini, anda akan maju sebagai individu dan mula menentukan ruang kepakaran anda.
  3. Pantau trafik-trafik yang datang dan perhatikan topik-topik yang banyak orang baca. Dalam dua tahun, pembaca atau pengikut anda akan dapat memberi anda klu dimana anda memberi nilai yang banyak pepada mereka. Dengan syarat, anda mestilah banyak menulis setiap minggu.
  4. Setelah anda dapat tahu dimana kekuatan anda, fokus pada topik kecil tersebut. Jadilah yang terbaik dalam topik itu. Lagi kecil skop, lagi baik.
  5. Jadi, anda dah jumpa apa yang anda suka buat dan membantu orang sekeliling anda. Itulah yang kita cari selama ini. Setiap hari bila anda bangun dari tidur, anda buat apa yang anda suka(passionate) dan memberi manfaaat kepada hidup orang lain diluar sana.

Jadi, kembali pada soalan kita tadi. Apa yang anda suka buat tetapi belum ada peluang melakukannya? Bila anda boleh mulakan? Terserah pada anda.

– Syed Akmal –

Artikel Rujukan: https://dannyhrubin.com/2016/11/05/how-to-actually-find-your-purpose/