/Bersyukur sifat orang yang berjaya dan kaya
Photo by Ben White on Unsplash

Bersyukur sifat orang yang berjaya dan kaya

Hai,

Salah satu sifat atau tabiat orang-orang yang berjaya yang saya nampak ialah bersyukur.

Setiap pagi, diawal pagi, sebelum mereka memulakan hari mereka, orang-orang yang berjaya ini akan mengucapkan syukur.

Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup bagi mengejar impian.
Bersyukur kerana dapat peluang dan ruang untuk mencipta kejayaan demi orang sekelilingnya.
Bersyukur diatas nikmat yang dimiliki sekarang.
Bersyukur kerana dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa menyokongnya.

Bersyukur…….

Dalam Islam, kita sudah diajar dan percaya bahawa Allah SWT akan menggandakan rezeki dan nikmatnya kepada orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Sebab itulah, orang yang sentiasa bersyukur akan kaya dan berjaya. Bayangkan, orang itu selalu merungut, adakah dia akan berjaya?

Ikhlas,

– Syed Akmal –