Cara baca buku – edisi orang nak kaya

Hai,

Membaca jambatan ilmu.

Dahulu kita masih kecil, mungkin tidak memahami dan mendalami maksud ungkapan tersebut.

Kalau kita mahu kaya dan berjaya, kita mestilah tiru dan mencontohi orang-orang yang sudah kaya dan berjaya. Biasanya mereka sudah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu baik dari pengalaman mahupun dari pembacaan.

‘We are what we eat’

Sama juga dengan jiwa dan minda. Kalau kita isi jiwa dan minda kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, kita akan jadi lebih baik.

Terdapat banyak cara untuk membaca dengan efektif. Ini yang saya amalkan sekarang.

1. Baca sekali imbas dan tandakan isi-isi penting(highlight)

Orang kaya dan berjaya biasanya amat peka dengan penggunaan masa. Bagi mereka masa itu lebih berharga dari emas.

Nota : Semua orang ada masa yang sama

Jadi, untuk dapat ilmu dengan pantas, baca sekali imbas dan tandakan isi-isi penting tersebut dahulu.

2. Tulis semula dalam sebuah jurnal.

Setelah itu, tuliskan semua isi-isi penting tadi dalam sebuah buku nota atau jurnal. Lebih baik jika anda ada sebuah buku khas untuk tujuan ini.

3. Setelah habis semua isi-isi penting itu ditulis, baca semua nota yang dah dibuat itu.

Pada masa ini, anda sepatutnya sudah habis membaca buku berkenaan. Sekarang, anda baca semula nota-nota anda itu.

4. Tandakan perkara penting dalam nota tadi.

Sama macam membaca buku, tandakan pula perkara penting dalam nota anda. Ketika ini, anda menyematkan nota itu dan jadikan ia ilmu dalam diri anda. Supaya anda tidak lupa dan bole amalkannya dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan

Keinginan untuk berjaya dan kaya itu tidak cukup jika tidak disertakan dengan usaha yang efektif. Zaman sekarang ini, kita dihujani dengan bermacam-macam maklumat dan pengetahuan. Tetapi tidak semua kita boleh jadikan ilmu. Kitalah yang pilih apa yang kita mahu isikan dalam jiwa dan minda kita. Jangan berhenti mencari ilmu.

Ilmu itu tangga kejayaan.

One more thing…..

Ilmu tidak hanya ada pada buku. Sudah tentu kita boleh menimba ilmu dengan datang ke kelas-kelas, melalui guru atau mentor, melalui perkongsian daripada rakan-rakan dan pelbagai lagi cara.

Sekarang kita juga boleh menimba ilmu dari video-video di laman Youtube. Saya juga menggunakan teknik yang sama apabila belajar sesuatu dari video di Youtube.

Selamat mencuba

-Syed Akmal-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *