/Cara Pelik Untuk Tidur Yang Baik.
Photo by Jackman Chiu on Unsplash

Cara Pelik Untuk Tidur Yang Baik.

Hai,

Saya ada satu perangai atau tabiat pelik sebelum tidur.

Sebelum tidur saya suka cakap dengan diri sendiri. Bukan cakap-cakap kosong. Saya suka luahkan dalam bentuk kata-kata apa yang saya rancang mahu buat esok hari. Ibarat saya ‘tulis’ dalam minda senarai tugasan(to-do list) sebelum tidur.

Baru-baru ini saya ada baca sebuah artikel mengatakan bahawa mengikut kajian, orang yang tulis senarai tugasan atau ‘to-do list’ sebelum tidur akan memperoleh tidur lebih lena. Ini disebabkan aktiviti tersebut yang dipanggil ‘mental offloading’ yang secara teorinya dapat membebaskan minda untuk tidur yang lebih baik.

Rakan-rakan saya sekalian,

Kita ini hidup dalam zaman yang sibuk. Kita selalu risau akan tanggungjawab dan tugas-tugas harian kita yang saban hari semakin meningkat. Tugas-tugas yang masih belum siap itu membuatkan kita rungsing dan mengganggu kita semasa tidur.

Jadi, kalau pening sangat atau terlalu memikirkan tentang kerja-kerja(peribadi atau profesional) tersebut, cuba tuliskan dalam diari atau jurnal anda. Ataupun, macam saya, tidak tulis dikertas tapi ‘tulis’ diminda.

Sekian,

Syed Akmal

Rujukan: https://www.livescience.com/61422-journal-writing-sleep-better.html