Ikut hati, Mati

Hai,

Mengikut kajian, otak kita dicipta untuk melindungi kita daripada bahaya atau ancaman.

Orang yang berjaya biasanya akan ikut gerak hati(instinct) berbanding otak atau fikiran. Bukanlah bermaksud langsung tidak menggunakan otak.

Baiklah, cuba kita lihat Elon Musk (Elon Musk’s Wikipedia page).

Beliau mempunyai matlamat untuk menjadikan manusia spesis yang boleh menjelajahi planet Marikh(Mars).


Beliau sedar dan mengetahui berdasarkan kajian bahawa ia sesuatu yang bahaya, menelan belanja berbilion, dan kadar untuk gagal amatlah besar dan nyata. Kalau dia ikut otak(dengan fakta dan hasil kajian/analisa), mungkin beliau tidak akan teruskan. Tetapi perasaan beliau kuat tentang apa yang beliau percaya sepenuhnya dengan hati dan percaya bahawa ia tidaklah mustahil. Sebab itu sehingga sekarang beliau tidak putus asa dalam meneruskan usaha demi mencapai impian dan matlamat untuk meletakkan manusia di Marikh.

Orang yang berjaya akan ikut gerak hati mereka ketika buat keputusan. Sebab itu mereka berani buat apa sahaja demi matlamat mereka.

Contoh: Kita mendapat peluang untuk memulakan perniagaan. Tapi, kita takut untuk bermula.

“Modal mana nak cari?”
“Kalau rugi macam mana?”
“Aku tak pernah buat. Boleh ke aku berjaya?”

Otak akan sedar yang semua ini akan ‘membahayakan’ diri anda sebab anda sangsi atau was-was. Jadi, otak akan berkata, “Jangan teruskan, nanti hidup kita susah”

Jadi, anda pun tidak mulakan perniagaan itu.

Kita selalu ‘didendangkan’ dengan kata-kata ‘Ikut hati, mati’. Sebenarnya kata-kata ini hanya untuk tujuan keselamatan. Contoh, dalam keselamatan jalan raya. Untuk selamat, dengar kata otak.

Kalau mahu berjaya, mahu mencabar diri, ikut gerak hati dan teruskan usaha. Biar gagal sekarang, jangan menyesal dikemudian hari.

Ikhlas,

– Syed Akmal –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *