Kenapa perlu jadi kaya dan berjaya

Hai,

Semua orang nak kaya. Semua orang nak banyak duit. Tetapi, kebanyakan kita masih ditahap sederhana. Dapatlah hidup dari bulan ke bulan, tiada kurang tiada lebih.

Perkara ini buat saya berfikir, semua orang mahu kaya tetapi kenapa tidak buat apa-apa yang boleh memajukan hidup.

Pada tahun 2016, saya pernah mengikuti sebuah kursus yang mengubah persepsi saya tentang kekayaan dan kejayaan. Berikut antara pengajaran yang saya dapat:

Sebelum itu: Impian biar jelas.

Kita selalunya akan cakap:

Aku nak rumah besar

Aku nak kereta besar

Aku nak duit banyak

Cakap-cakap sebegini sebenarnya tidak membawa apa-apa. Patutlah selama ini kita tak berapa nak berusaha memajukan hidup kita. Sedarlah, inilah yang dikatakan angan-angan Mat Jenin.

Benda pertama yang perlu dibetulkan ialah impian biar jelas dan spesifik.

Jadi, tukarkan ia kepada:

  • Aku nak rumah yang ada 2 tingkat, terletak di Shah Alam yang berharga RM800,000.
  • Aku nak kereta Audi A4 Quattro yang berharga RM280,000.
  • Aku nak jumlah duit dalam bank sebanyak RM2,000,000.

Lagi jelas, lagi spesifik, lagi baik. Anda perlu dapat rasa yang anda memiliki semua yang anda impikan itu. Anda akan merasakan ‘sesuatu’ dalam diri anda.

Mudah-mudahan itu dapat mendorong anda BERTINDAK. Bertindak kearah impian anda.

Sebab 1: Membeli Impian

Cuba anda fikir apa yang paling anda mahukan kalau ada banyak duit. Fikirkan betul-betul. Tidak mengapa, anda boleh sambung baca kemudian

….

Nak macam-macam, kan? Itulah antara sebab-sebab utama kenapa kita mesti dan perlu jadi kaya dan berjaya.

Kalau kita ada duit cukup-cukup untuk belanja bulanan, dapatkah kita ‘membeli’ impian-impian kita tersebut?

Sebab 2: Untuk memberanakkan lebih banyak kekayaan

Wang atau duit ada daya tenaga yang tersendiri. Sebab itu, orang tua-tua kita pernah pesan tidak baik jika dompet kosong. Jangan biarkan dompet kosong, walaupun hujung bulan.

Seperti juga dalam perniagaan, untuk menjana banyak duit masuk, perlu banyak modal.

Untuk yang kerja makan gaji pula, cuba tengok produktiviti kita pada pertengahan sehingga hujung bulan. Kita mungkin kurang semangat, nak belanja kawan-kawan dipejabat pun berat rasa hati.

Duit ini bersifat seperti magnet. Ia akan menarik ‘kawan-kawan’ dia yang lain. Jadi, nak banyak duit, mesti ada duit banyak. Bunyinya macam pelik, tetapi inilah hakikat sifat duit.

Sebab 3: Berkongsi kekayaan dengan orang lain

Kita mesti ingat, didunia ini kita duduk dalam bermasyarakat, kita ada keluarga, kita ada orang yang membimbing kita untuk berjaya, kita ada orang disisi kita dan dibelakang kita yang sentiasa menyokong apa yang kita usahakan, impian kita, apa sahaja yang kita kejar.

Kenapa kita mesti kaya dan berjaya? Kita kaya sebab orang sekeliling kita. Kita mahu berkongsi kekayaan itu dengan orang sekeliling kita.

Bila kita kaya, kita dapat bawa mak dan ayah kita pergi umrah & haji.

BIla kita kaya, kita dapat beri mak dan ayah kita RM5,000++ setiap bulan.

Bila kita kaya, kita dapat belikan sebuah kereta yang mewah untuk ayah kita menggantikan motor buruk beliau.

Bila kita kaya, kita dapat hadiahkan isteri kita berlian setiap bulan.

Bila kita kaya, kita dapat membahagiakan semua orang sekeliling kita.

Bila semua orang gembira dan bahagia, kita juga akan bahagia. Kita juga menerima satu ‘tenaga’ yang membuatkan kita lebih bersemangat untuk berusaha mencapai matlamat kita.

Sebab 4: Menjadi inspirasi kepada orang sekeliling

Saya percaya, antara tujuan atau matlamat hidup kita ialah menjadi seorang yang memperkasa (empower) orang lain.

Kalau kita seorang usahawan, matlamat akhir mungkin menjadi mentor kepada orang lain.

Kalau kita seorang artis nyanyian, matlamat akhir kita mungkin menghasilkan lagu-lagu yang baik yang menjadi inspirasi kepada pendengar.

Kalau kita kaya dan berjaya, orang akan dengar cakap kita. Orang akan menjadikan kita sebagai ‘role model’ untuk mereka contohi untuk berjaya.

Agak-agak kalau kita biasa-biasa, orang akan jadikan kita inspirasi mereka?

Sebab 5: Berhenti makan gaji

Kalau kita diberi pilihan, anda mahu makan gaji?

Kerja makan gaji tidak menjadi isu atau salah. Kalau kita kerja di sektor awam, kita sebenarnya berkhidmat untuk negara.

Untuk berhenti makan gaji, kita mestilah sentiasa mencipta kekayaan. Kalau kita kaya, kita tidak perlulah kerja makan gaji lagi.

Dalam banyak-banyak pekerjaan, pekerjaan apa yang membolehkan kita menetapkan seberapa banyak pendapatan kita?

Antara pekerjaan yang membolehkan kita mencipta kekayaan tanpa batasan ialah dengan berniaga, atau menjadi usahawan.

Dengan keusahawanan juga, kita boleh pilih untuk buat apa sahaja demi kejayaan kita.

Kesimpulan

Sebab untuk kaya dan berjaya tidak terhad kepada 5 sebab diatas. Sebab-sebab anda mungkin berbeza dengan saya.

Tidak kiralah apa sebabnya, teruskan berusaha dan jangan mengalah. Semoga kita dapat mencipta kekayaan dan kejayaan.

Ikhlas

– Syed Akmal –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *