KENYATAAN MEDIA: SYED AKMAL LANCARKAN LAMAN FOTOGRAFI

Sukacita dimaklumkan bahawa Syed Akmal telah melancarkan sebuah laman web sebagai tempat beliau untuk berkongsi perjalanan sebagai jurufoto amatur. Anda boleh layarinya di photowork.syedakmal.com (Syed Akmal Photowork)

Sebagai seorang yang suka untuk merekod pengalaman dan mempamerkan hasil kerja, beliau mengambil inisiatif membuka laman dengan menggunakan nama sendiri. Ini juga bertujuan untuk nampak lebih professional.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna beliau tidak menggunakan laman media sosial arus perdana seperti Facebook atau Instagram. Beliau juga mempunyai akaun rasmi di Facebook dan Instagram. Anda boleh mengikuti beliau dilaman-laman tersebut dengan nama @syedakmalphotowork.

Diharapkan dengan adanya laman rasmi ini dapatlah beliau berkongsi terus dengan anda tentang apa sahaja berkaitan dengan fotografi. Anda juga dialu-alukan untuk memberi pandangan atau komen-komen dilaman itu nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *