/Memperkasa (Empower) orang lain
Photo by Elaine Casap on Unsplash

Memperkasa (Empower) orang lain

Hai,

Hidup kita ini mestilah dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Tidak kira apa jua kerja yang kita buat, buatlah sehabis baik demi kebaikan sejagat. Jika kita memberi kebaikan kepada orang lain, kita juga akan dapat lebih banyak kebaikan.

‘Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima’.

Tak rugi pun.

Beri semangat,
Beri pujian,
Beri galakkan,
Beri sedekah,
Beri teguran,
Beri salam,
….berilah apa-apa yang baik.

Percayalah, kalau kita mahu masyarakat sekeliling kita bertambah baik, mulakan dengan memberi.

Mudah-mudahan semua orang dapat manfaat.

Ikhlas,

– Syed Akmal –