Semua orang ada jumlah masa yang sama

Hai,

Semua orang mempunyai masa yang sama. Sehari 1440 minit. Seminggu 10080 minit. Tapi kita selalu mengeluh masa tidak cukup. Nak cuba capai sesuatu dalam minggu tersebut, tapi bila minggu itu sudah berlalu, kita salahkan masa. Masa tidak cukup la. Banyak benda lain yang mengganggu la.

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.

Hakikatnya, kita bukan tiada masa. Kita hanya tidak menjadikan apa yang kita mahu buat itu sebagai keutamaan ketika itu. Saya ulang, ‘keutamaan’ atau dalam bahasa inggeris ‘priority’.

Menurut Laura Vanderkam, seorang pakar pengurusan masa, mengatakan bahawa masa itu sangat anjal(elastic). Seperti yang kita sedia maklum, masa itu tetap. Memang semua orang ada masa yang sama iaitu sehari 24 jam. Menurut beliau, masa itu akan jadi cukup walau apa jua yang kita buat dengan masa yang kita ada itu.

Pernah satu ketika beliau mengkaji perkara ini dan keputusannya amat menarik. Walau sesibuk mana pun kita, jika perkara itu penting buat masa itu, masa itu akan dapat ‘memberi ruang’ untuk perkara penting itu.

‘I don’t do x y z, because its not a priority.

Bukan kita tiada masa, kita sebenarnya tidak mahu buat.

Banyak orang merungut tidak cukup masa. Tetapi, bila ada masa. Kita buat benda lain yang tiada kaitan dengan impian atau matlamat kita(berjaya dan kaya).

Ingatlah, masa itu cukup. Maha Pencipta telah menetapkan semua orang ada masa yang sama. Jadi, kalau ada orang yang berjaya dan kaya kenapa kita masih sama, masih tidak memajukan diri.

Ingatlah, masa itu cukup. Yang penting kita betul-betul mahu buat, mahu untuk berjaya. Walau sesibuk mana pun kita, kita pasti ada masa untuk berjaya. Bila kita komited dengan perkara yang penting(berjaya), kita pasti dapat bina hidup yang kita mahu dengan masa-masa yang kita ada.

Ikhlas,

-Akmal-

How to gain control of your free time – Laura Vanderkam, TEDtalk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *