Pantun

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813) atau sajak pendek. Setiap rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular, bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan dua baris maksud.

Pantun-pantun terkini:

"Tetttt...." bunyi pintu pagar di hadapan rumah Wazif. Pagar dibuka menggunakan alat kawalan jauh. Dia lega kerana sudah selamat sampai ke rumah. Kelibat dan riuh rendah kanak-kanak kecil tidak kelihatan. Suasana agak sunyi. Wazif dan Zahra telah berkahwin selama 5 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat. "Assalamualaikum!" Wazif memberi salam sambil membuka pintu dengan sebentuk kunci.

Alhamdulillah, selesai sudah Wazif membalun nasi goreng telur mata di sebuah kedai mamak berhampiran pejabat tempat dia bekerja. Rakan-rakannya juga selesai membuat ucapan penggulungan topik perbualan mereka sebentar tadi. "Jom Zif, solat," sahut rakan sekerjanya, Azhar memanggilnya untuk solat di surau di tempat kerja mereka sebelum masuk ke pejabat untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka untuk hari itu. Setelah selesai solat, mereka pun kembali ke pejabat.

Sejak kecil lagi aku suka menulis, aku suka Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semasaku di sekolah rendah, mata pelajaran yang sentiasa mendapat A ialah Penulisan. Kalau dapat selain daripada A dalam Penulisan, aku akan menangis. Itu di sekolah rendah. Ketika masih belum mengenal kehidupan.