Syed Akmal Suka Menulis

Syed Akmal Suka Menulis

Sejak kecil lagi aku suka menulis, aku suka Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Semasaku di sekolah rendah, mata pelajaran yang sentiasa mendapat A ialah Penulisan. Kalau dapat selain daripada A dalam Penulisan, aku akan menangis. Itu di sekolah rendah. Ketika masih belum mengenal kehidupan.

Bila di sekolah menengah, perkara yang sama berlaku. Bahasa Melayu selalu markah tinggi, lebih-lebih lagi dalam karangan dan penulisan. Aku juga pernah menyertai pertandingan menulis cerpen bersama rakanku mewakili sekolah diperingkat negeri. Semasa di sekolah menengah juga, aku suka akan IT(Teknologi Maklumat) dan pengaturcaraan komputer. Jadi, aku teruskan minat menulis itu dalam menulis kod komputer.

Sepertinya, minatku itu berevolusi. Daripada menulis karangan/cerpen/artikel kepada menulis kod komputer. Tidak seperti menulis karangan, menulis kod membolehkanku merialisasikan apa sahaja dalam fikiranku ke dalam bentuk sesuatu yang boleh diguna pakai semua orang.

Menyedari hakikat ini, aku meneruskan minat dalam IT di peringkat universiti dan terus memiliki kerjaya dalam bidang IT. Tetapi, dalam masa yang sama, aku masih meminati penulisan Bahasa Melayu.

Semasa di universiti, aku menulis blog tentang kehidupanku, pengalamanku dan perkara disekelilingku. Beza blog aku dan blog orang lain ialah ia ditulis dengan Bahasa Melayu yang menggunakan tatabahasa yang betul dan pertama kalinya aku menyelitkan seni sastera dalam penulisanku. Ramai rakan-rakan yang meminati hasil tulisanku dan menyokongku ketika itu. Aku tidak menyangka sambutan begitu menggalakkan.

Itu semua dulu, sekarang aku mahu cuba semula, cuba kembali minatku dalam penulisan. Kita tengok sampai mana aku boleh pergi kali ini.

Sekian,

Syed Akmal

Leave a Reply