Cereka Norma Baru: Aku dan WFH : Bahagian 1

Alhamdulillah, selesai sudah Wazif membalun nasi goreng telur mata di sebuah kedai mamak berhampiran pejabat tempat dia bekerja. Rakan-rakannya juga selesai membuat ucapan penggulungan topik perbualan mereka sebentar tadi. "Jom Zif, solat," sahut rakan sekerjanya, Azhar memanggilnya untuk solat di surau di tempat kerja mereka sebelum masuk ke pejabat untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka untuk hari itu. Setelah selesai solat, mereka pun kembali ke pejabat.

0 Comments

End of content

No more pages to load